SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Anti Lompat Parti pada sidang belanjawan negeri itu November depan.
Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pembentangan RUU itu akan menjadikan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam sebagai rujukan agar tidak berlaku sebarang percanggahan.
"Kita akan ikut modul (RUU) seperti dilaksanakan oleh Dewan Rakyat kerana tidak mahu ada sebarang pertikaian di masa hadapan.
"Kita di peringkat negeri sudah pasti akan mengikut jejak langkah Parlimen dan saya akan berbincang dengan Ketua DUN iaitu Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat agar Selangor mengikut langkah itu secepatnya," katanya pada pemberita di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor hari ini.
Ng berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan sidang DUN khas sekiranya terdapat permintaan khusus untuk RUU anti lompat itu segera dibentang.
DUN Selangor sebelum ini meluluskan usul mendesak Kerajaan Persekutuan menggubal rang undang-undang anti lompat parti bertujuan menghalang mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti dan ia mendapat sokongan sebulat suara ahli dewan berkenaan.
Semalam, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan semua negeri di bawah pentadbiran mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri secepat mungkin, selepas RUU itu diluluskan.
Lim dipetik sebagai berkata langkah itu bagi membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dapat diseragamkan dan dikuat kuasa di peringkat negeri sebelum PRU15.
Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah apabila RUU berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.
Sidang DUN bersambung Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
NG: Kita akan ikut modul (RUU) seperti dilaksanakan oleh Dewan Rakyat kerana tidak mahu ada sebarang pertikaian di masa hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor
Kos sara hidup tinggi menjadi antara penyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi bagi orang Islam di negeri Selangor.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor
Penjawat awam perlu ada 'sense of urgency' dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna.
DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan (JP) baharu pada Penggal Pertama Persidangan Dewan ke-15.
Selangor luluskan 1,506 projek perkilangan, jana nilai pelaburan lebih RM88 bilion
Persidangan DUN Selangor diberitahu bahawa sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.